On behalf of the organisers of the following letter, the team at saynotopjdlink.org is sharing the following letter: Tarikh : 12 Jun, 2023 Daripada : Persatuan-Persatuan Penduduk Petaling Jaya, Gabungan Rakyat-Rakyat Petaling Jaya dan Kinrara, Entiti Komersial Petaling Jaya, saynotopjdlink.org Team, SCRAP PJDL Highway Team. Kepada : Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Inbrahim, Perdana Menteri Malaysia, YB Tuan Alexander Nanta Linggi, Minister of Works, YB Tuan Anthony Loke Siew Fook, Minister of Transport & MP Seremban. SK : YB Tuan William Leong, MP for Selayang, YB Tuan Wong Chen, MP for Puchong, YB Tuan Lee Chean Chung, MP for Petaling Jaya, YB Tuan Gobind Singh Deo, MP for Damansara, YB Tuan Mohamad bin Sabu, MP for Kota Raja. ENGLISH TEXT Re: Immediate Intervention on PJ Dispersal Link Highway Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, We, the Residents of Petaling Jaya and Kinrara, request once again your urgent attention to this matter. We have strongly objected against the Kidex highway between 2013 and 2015. These resistance against a most disruptive and damaging tolled, elevated urban highway cutting across our mature Petaling Jaya city has continued with PJD Link highway since 2017, when it was renamed and revived. A recent People’s Poll Survey showed results of 93.6% of 2,501 respondents strongly disagreeing with the PJD Link project. Results are available at https://bit.ly/m/Independent-SIA?r+qr. In February 2015, one of the reasons for the Selangor government cancelling Kidex was the requirement for disclosure of all concession terms to the public, to ensure the best interests are served. The same requirement must apply now. It is therefore most disappointing to note the recent announcement at a Press Conference by YB Wong Chen, YB William Leong and YB Lee Chean Chung, that the concession terms for PJD Link are still shrouded in secrecy under OSA by your government. If a highway project is for public interests, then the public must have the right to review its technical design, impact studies reports, construction costs and concession terms. State Elections are on the line. The actions of the current Federal and Selangor State governments do not offer confidence to voters that they are in keeping with the principles of Malaysia Madani. The award of PJD Link to one private monopoly developer without open competitive tender by previous governments, and the continued engagements by your current government with that developer, does not conform to YAB’s declarations to improve procurement process, eradicate inefficient governance and bad practices, and boost foreign investors confidence. We, the people who co-signed this letter, urge YAB Perdana Menteri to act urgently to instruct YAB Menteri Besar Selangor and the Majlis Tindakan Ekonomi Selangor to immediately withdraw all in-principle approvals given, and cancel the proposed PJ Dispersal Link highway project. Thank you. George Paul Raj, Chairman, Persatuan Penduduk 14/1 – 14/15, Seksyen 14, Petaling Jaya BAHASA TEXT Per: Mohon Campur Tangan Secara Serta Merta di Dalam Projek Lebuhraya PJ Dispersal Link (PJDL) Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Kami, Penduduk dan Pihak Berkepentingan di Petaling Jaya dan Kinrara, memohon sekali lagi perhatian YAB Perdana Menteri terhadap perkara Projek Lebuhraya PJD Link ini. Kami telah menentang dengan sekeras-kerasnya cadangan pembinaan Lebuhraya Kidex pada tahun 2013 sehingga 2015. Tentangan terhadap Lebuhraya bertingkat yang mengakibatkan gangguan dan kerosakan dan yang melintasi bandaraya Petaling Jaya yang matang ini diteruskan semula dengan cadangan Lebuhraya PJD Link sejak 2017, apabila KIDEX dibangkitkan semula dengan nama baru. Kaji Selidik Tinjauan Rakyat yang diadakan baru-baru ini telah menunjukkan keputusan 93.6% daripada 2,501 responden yang sangat tidak bersetuju dengan projek PJD Link ini. Keputusan boleh didapati di https://bit.ly/m/Independent-SIA?r+qr. Pada bulan Februari 2015, salah satu sebab kerajaan Selangor telah membatalkan Projek Kidex adalah keperluan untuk mendedahkan semua syarat konsesi kepada orang ramai, untuk memastikan kepentingan rakyat yang terbaik dilaksanakan. Keperluan yang sama mesti dikenakan sekarang. Oleh begitu, adalah amat mengecewakan dimana pengumuman baru-baru ini di Sidang Media oleh YB Wong Chen, YB William Leong dan YB Lee Chean Chung, bahawa syarat-syarat konsesi untuk PJD Link adalah masih diselubungi di bawah Akta Rahsia Rasmi (Official Secrets Act “OSA”) oleh kerajaan YAB Perdana Menteri. Jika projek lebuhraya ini adalah untuk kepentingan awam, maka orang ramai mesti berhak untuk menyemak reka bentuk teknikalnya, laporan kajian impak, kos pembinaan dan syarat-syarat konsesi. Pilihan Raya Negeri bakal berlangsung. Tindakan kerajaan Persekutuan dan Negeri Selangor sekarang tidak menawarkan sebarang keyakinan kepada pengundi bahawa mereka selaras dengan prinsip Malaysia Madani. Penganugerahan PJD Link kepada satu pemaju monopoli swasta tanpa tender kompetitif terbuka oleh kerajaan terdahulu, dan penglibatan berterusan oleh kerajaan YAB sekarang dengan pemaju, langsung tidak mematuhi pengisytiharan YAB untuk menambah baik proses perolehan, menghapuskan tadbir urus yang tidak cekap dan amalan buruk, dan meningkatkan keyakinan pelabur asing. Kami, yang sebulat suara menandatangani surat ini, mendesak YAB Perdana Menteri untuk mengambil tindakan segera dengan mengarahkan YAB Dato’ Menteri Besar Negeri Selangor dan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) untuk menarik balik semua persetujuan secara prinsip yang telah diberikan dan membatalkan cadangan projek Lebuhraya PJ Dispersal Link dengan sertamerta. Sekian dengan ucapan terima kasih. Yang benar, George Paul Raj, Chairman, Persatuan Penduduk 14/1 – 14/15, Seksyen 14, Petaling Jaya Untuk dan bagi pihak: 1. Persatuan Penduduk BU1 Benaria Bandar Utama (PPM-006-10-22102015) 2. Persatuan Penduduk Presint BU6, Bandar Utama (PPM-006-10-05082013) 3. Persatuan Penduduk Bandar Utama 11 (Gembiria) (PPM-005-10-19022002) 4. Persatuan Penduduk BU11 Hatiria Bandar Utama (PPM-030-10-14092015) 5. Persatuan Permastautin Bandar Utama (Bahagian 12) (PPM-002-10-23021999) 6. Management Corporation, 10 Boulevard Petaling Jaya (SEL : 4976/12) (No Rujukan: PTG.SEL.51/3/1-PHN/5506) 7. Damansara Jaya Residents and Owners Association (DJROA) (5390/93) (Selangor) 8. Damansara Utama Residents and Owners Association (DUROA) Petaling Jaya (1988) (4645/89) 9. Persatuan Penduduk SS20 Zon Sentral (PPM-039-10-17062013) 10. Persatuan Penduduk SS20 Zon Utara (PPM-030-10-17072017) 11. Damansara Utama SS20 Petaling Jaya Residents Against PJD Link 12. Management Corporation, Five Stones Condominium, SS2 (SEL : 118/2018) 13. Joint Management Body, The Hub, SS2 (0413) 14. Management Corporation, Ameera Residences SS2 (SEL 52/2017) 15. Ken Damansara III Condominium Residents Against PJD Link 16. Tropicana Miyu Section 17 Buyers + Residents Against PJD Link 17. Jasmine Towers Residents Against PJD Link 18. Persatuan Penduduk Zon Sentral Seksyen 19 Petaling Jaya (PPM-007-10-05022020) 19. Section 17 Petaling Jaya Residents Against PJD Link 20. SS2 Petaling Jaya Residents Against PJD Link 21. Persatuan Penduduk 14/1 – 14/15, Seksyen 14, Petaling Jaya (PPM-006-10-21032013) 22. Persatuan Penduduk Taman Paramount, Petaling Jaya (TPRA) (PPM-039-10-01112012 / 0104-12-SEL) 23. Persatuan Penduduk Seksyen 22 Petaling Jaya (PPM-041-10-25042018) 24. Section 4 Petaling Jaya Residents Against PJD Link 25. Sec 51A Taman Medan Petaling Jaya Residents Against PJD Link 26. Section 2 Petaling Jaya Residents Against PJD Link 27. Persatuan Petaling Jaya Lestari (Sustainable PJ) (PPM-005-10-20032023) 28. Entiti Komersial Petaling Jaya (PJ Commercial Entities) 29. Pertubuhan Basikal Komuter Malaysia (PPM-003-10-13122022) 30. Kelab Sahabat Taman Aman, Petaling Jaya (3366-11-SEL) 31. Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia (GRASS) (PPM-024-14-23102014) 32. Persatuan Penambahbaikan Transit Massa Malaysia (Transit Malaysia) (PPM-015-16-05102022) 33. Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PPM-028-10-24022011) 34. Saynotopjdlink.org Team 35. SCRAP (Stakeholders cum Residents Against PJD Link) Highway Team Sebarang urusan surat-menyurat bolehlah dialamatkan kepada: Persatuan Penduduk 14/1 – 14/15, Seksyen 14, U.P. George Paul Raj (Chairman), 16, Jalan 14/2, 46100 Petaling Jaya, Selangor DE. Emel: [email protected] HP: 019-2688077
1 Comment
|
UpdatesBookmark this page for the latest news on PJD Link highway. Archives
April 2024
Categories |